Tuesday 7 January 2014

Definisi Sintaksis

           Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis b.ukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ringkasnya, bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu, perlu kita fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu.


        Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek (pelaku) dan predikat (perkara yang dilakukan).


        Bagi contoh bidang-bidang sintaksis, saya telah menyediakan bahan yang terdiri daripada ayat majmuk gabungan, jenis ayat dan ragam ayat