SINTAKSIS
FRASA KERJA BAHASA MELAYU
Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja
menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada
kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai
fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.
Contoh :
Ayat
|
|
Subjek
|
Predikat Frasa Kerja
|
(1). Emak
(2). Emak Ahmad
(3). Pemuzik itu
(4). P.Ramlee
|
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu
itu.
|
Binaan
Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja
yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.
Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak
memerlukan frasa nama sebagai objek
(penyambut) untuk melengkapkannya.
Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak
memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan
predikat.
Contoh :
Faisal tidur lena.
Budak nakal itu terjatuh lagi.
Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut
tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan
penerang.
Contoh:
Faisal tidur lena di bilik tidur.
Budak nakal itu terjatuh lagi setelah
terpijak kulit pisang.
Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat di atas, kata kerja telah diberi
unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep
kata kerja tak transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah
perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk
melengkapkan kata kerja tersebut.
Frasa
Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek
dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata
kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan
objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa
Kerja
|
|
Kata Kerja Transitif
|
Penyambut
|
Menaikkan
|
bendera
|
menganyam
|
tikar
|
membaiki
|
radio
|
Contoh ayat lengkap:
Pelajar
itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
Ibu
menganyam tikar setiap hari.
Mahmud
membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat di atas, frasa yang
bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga
boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam
kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang
demikian berlaku dalam proses
membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat di bawah:
Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
Halijah menggenggam
erat tangan suaminya.
Datuk Amran menghasilkan
banyak produk berasaskan herba.
Lee Chong Wei
menghantar dengan tenang
bulu tangkis ke jaring.
Tuan Pengarah sedang membincangkan
tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak
menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di
atas harus ditulis begini:
Zamani akan melaporkan kejadian
itu kepada warden asrama
Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
Datuk Aman menghasilkan
produk berasaskan herba.
Lee Chong Wei menghantar
bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’,
‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
No comments:
Post a Comment