Friday, 14 March 2014

TOPIK 9

SINTAKSIS

FRASA SENDI NAMA BAHASA MELAYU

Binaan  Frasa Sendi Nama

      Frasa sendi nama    ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa.  Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
 (Nik Safiah Karim et.al,2008)

        Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).

     Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada, pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.


1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama

            Frasa  dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
ke
dari
daripada
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
Tuan Jana Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah

2.  Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama

            Frasa  sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir  tanpa kata nama arah.
Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Nama Arah
Frasa Nama
(i) di
(i) di
(ii) ke
(ii) ke
(iii) dari
(iii) dari
dalam
-
dalam
-
belakang
-
takungan
takungan
kolam
kolam
pentas
pentas

3. Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)

        Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama

Keterangan
Kata Nama Arah
Frasa Nama
(i)   di
   di
(ii)  ke
      ke
(iii) dari
      dari

atas
-
luar
-
bawah
-

pentas
pentas
garisan
garisan
rumah
rumah
pada saat itu.
-
dengan bergaya
-
dengan kayu
-


Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

        Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain,  frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

1. Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1).  Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2).  Kolam ikan di tepi taman.
(3).  Yushiro dari  bandar raya Tokyo.
(4).  Kerusi itu daripada kayu jati.
(5).  Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6).  Bahaman daripada keluarga seni.

2. Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud  predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.

Contoh:
(i)  Keterangan bagi frasa kerja

Contoh:
 Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
 Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
 Marini  berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
 Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
 Sultan Mansur Syah hadir  dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
 Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
 Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)


(ii) Keterangan bagi frasa adjektif

Contoh :
John   segak  seperti  model. (keterangan bandingan)
Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
Dia rabun pada waktu malam.  (keterangan masa)
Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)

(iii) Keterangan bagi frasa namA

Contoh:
Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
Keris itu  diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) 
Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

Penggunaan Kata Sendi Nama

        Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.

Contoh:
Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
Nadia Chin Abdullah  bukan ke Australia tetapi ke Austria.

Dalam ayat di atas, frasa sendi nama dengan kata hubung dari  boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua  ialah:
Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
Tuan  Haji  Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.

Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.

Contoh :
Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)


Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan  melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. 

No comments:

Post a Comment