Friday 14 March 2014

TOPIK 8

SINTAKSIS

FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
      Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

1. Frasa  Adjektif  Sebagai Predikat

            Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Contoh:
(1) . Stadium itu   sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  +  kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]

Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. 

Contoh-contoh lain:
Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(a) Putih bersih kulitnya   (susunan songsang) [predikat + subjek]

Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(a)  Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


2. Frasa  Adjektif    Sebagai Keterangan

            Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.

Contoh:
Subjek
Predikat



(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai  itu
(7). Pemuzik
(8).  Kucing itu
Frasa Kerja
Keterangan
 (Frasa Adjektif)
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar  sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.

3. Frasa  Adjektif  Sebagai Penerang Kata Nama

            Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa Nama
Kata Nama
Kata Adjektif
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal



Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
       Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat  tersebut akan menjadi ayat komplemen.

Contoh:
Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
Zulmazran Zulkifli  yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara
boling.
Peserta kursus sedar bahawa mereka harus  tidur di khemah sementara.
Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.





No comments:

Post a Comment