SINTAKSIS
FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU
Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif
ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat
biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif
atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat
sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan
fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa
adjektif.
Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama
yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,
[sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada
unsur-unsur berikut :
[kata bantu +
penguat + kata adjektif]
Unsur pengisi
dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu
|
Penguat
|
Kata Adjektif
|
Penguat
|
sudah
-
belum
masih
-
|
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
|
tua
prihatin
masak
awal
baik
|
-
-
benar
-
-
|
Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir
bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga
boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh
berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.
1. Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa
adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
Salim sangat
rajin.
Guru
pelatih itu cergas
Dia
kelihatan ceria.
Penglihatannya kabur.
Tanamannya subur.
2. Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada
pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua
kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i) kata adjektif
+ kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah
(i) kata adjektif
+ kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung
Penguat
- Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat
tiga jenis penguat:
(i) Penguat
hadapan
(ii) Penguat
belakang
(iii) Penguat bebas
- Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di
hadapan kata adjektif.
- Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
Rumahnya terlalu
besar.
Lukisan
itu paling cantik.
- Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak
di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian
Pakaian puteri itu
cantik sekali.
Kereta
lembu itu lambat benar.
Taman Bunga
di istana itu indah nian.
- Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya
bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contoh: amat dan sungguh.
Kubah
masjid itu amat besar.
Gerakan dan
gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.
- Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.
Contoh : sungguh amat, terlalu amat,
seperti dalam ayat-ayat berikut:
Percakapan orang tua itu sungguh
amat kasar .
Perangai anaknya terlalu amat
sopan.
Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa
adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah
penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah,
belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.
Contoh:
Anaknya sudah
besar.
Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.
Pekerja yang
berkualiti harus cekap.
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau
selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum
sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai
Contoh:
Kedudukan
khemah itu masih amat jauh.
Kehadiran pelajar
itu belum terlalu lewat.
Pekerja baru
itu belum sangat cekap.
Anak
sulungnya itu sungguh masih muda.
Pelajar
kelas peralihan itu sungguh telah pandai.
No comments:
Post a Comment